Friday, April 10, 2009

PENJENAMAAN SEMULA BSS

Asal Usul BSS

Borneo Student Society ( BSS ) ,telah diilhamkan pada bulan April tahun 2000 yang bertempat di kampus induk Universiti Tun Abdul Razak - UNITAR ,yang kini dikenali dengan nama Kampus Pintar UNITAR ,Kelana Jaya .Namun demikan BSS , telah ditubuhkan secara rasminya bulan September 2000 dengan jumlah keahlian seramai 50 orang.

Sejak daripada tarikh itu , BSS tidak pernah menoleh ke belakang,bahkan telah melangkah lebih gagah dan berani dalam mengharungi pelbagai pengalaman pasang surut dalam proses mendewasakan diri.Sedar tak sedar, rupanya pada tahun ini genaplah 9 tahun BSS telah menabur khidmat baktinya dikampus induk UNITAR dengan teraju kepimpinan yang saling bersilih ganti.

Pada asasnya , BSS bertujuan untuk menyatu-padukan mahasiswa yang datang dari kepulauan Borneo , dibawah satu bumbung yang menuntut di Unitar.Pada hari ini , walau pun BSS masih mengekalkan objektif asalnya namun ia telah pun melebarkan sayapnya dengan membuka keahlian kepada mahasiswa dari semanjung dengan mendukung misi baru iaitu untuk perpaduan nasional.

Kini , BSS telah pun berwajah baru , dengan azam , matlamat semangat dan kepimpinan yang baru .Diharapkan BSS akan terus maju jaya dalam usaha mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapinya dulu.Selamat maju jaya BSS.

Our PRESIDENT

Our PRESIDENT
AZMIL BIN PILLANTONG

Digital Clock

Label Cloud


 

Design by Amanda @ Blogger Buster